Bahan bahan yang diperlukan
1 paket agar agar
6 cawan air
1 tin susu cair
1 tin buah nenas - asingkan air
1 1/2 cawan gula
1 cawan tepung kastad
Buah ceri untuk hiasan
Cara cara penyediaan
- Masakkan air dan agar agar di dalam periuk hingga mendidih
- Masukkan air buah nenas dan gula dan biarkan mendidih.
- Bancuh tepung kastad dengan susu cair dan tapiskan. Kacau sehingga agak pekat.
- Susun buah nenas dan ceri di dalam acuan.
- Tuang agar agar yang telah dimasak ke dalam acuan berisi nenas tadi.
- Sejukkan dan hidang.
SELAMAT MENCUBA
SHARE BERSAMA RAKAN ANDA.
SHARE BERSAMA RAKAN ANDA.