Cek Mek Molek



Bahan yang diperlukan


  • 500 gm keledek
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula pasir
  • Sedikit garam
  • Minyak

Cara memasak


  1. Rebuskan keledek dengan sedikit garam sehingga empuk.
  2. Buangkan air rebusan, dan lenyek keledek tadi hingga lumat.
  3. Gaulkan dengan tepung gandum.
  4. Bentukkan bujur dan tekan sedikit di bahagian tengah untuk letakkan gula pasir. 
  5. Kemaskan bentuk kuih supaya gula tadi tidak terkeluar.
  6. Panaskan minyak penuh, goreng kuih tadi hingga kekuningan.
  7. Sedia dihidangkan. 

SELAMAT MENCUBA.

SHARE BERSAMA RAKAN ANDA.