Popia Ekspress



Bahan yang digunakan


  • 1 biji bawang merah - potong dadu
  • 3 ulas bawang putih - dicincang
  • 1 mangkuk sayur campur
  • 4 keping daging burger - dicincang halus
  • 3 sudu minyak masak
  • Sedikat garam
  • 1 paket kulit popia

Cara memasak


  1. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga kekuningan.
  2. Masukkan daging burger. Kacau rata.
  3. Masukkan sayur campur. Gaul rata dan masukkan garam secukup rasa.
  4. Apabila inti sejuk, tuangkan inti di atas kulit popia dan gulung.
  5. Panaskan minyak, goreng popia dengan api sederhana.
  6. Siap! Lagi sedap dihidang bersama sos cili.

SELAMAT MENCUBA.

SHARE RESEPI BERSAMA RAKAN.