Kek Buah Moist



BAHAN BAHANNYA IALAH 


  • 250 gm butter
  • 350 gm gula pasir
  • 500 gm buah buahan campuran
  • 60 ml air panas
  • 350 gm tepung gandum
  • 3 biji telur gred A
  • 1 sudu besar sunquick
  • 1 sudu besar susu pekat
  • 1 sudu teh cream of tartar
  • 2 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh esen vanila


Cara penyediaannya


  1. Masak gula hingga kuning keperangan dan tuangkan air panas perlahan lahan. Kacau rata.
  2. Masukkan butter hingga cair, buah buahan campuran, susu pekat dan sunquick. Kacau hingga sebati. Kemudian sejukkan.
  3. Ayak tepung gandum, cream of tartar dan soda bikarbonat dan masukkan ke dalam adunan buahan tadi. Gaul adunan hingga sebati menggunakan senduk.
  4. Sediakan loyang dengan kertas baking dan griskan sedikit butter. 
  5. Tuang adunan kek ke dalam loyang. Tutup loyang dengan aluminium foil.
  6. Kukus selama 2-4 jam untuk dapatkan kelembapan kek.
  7. Sejukkan semalaman supaya kek dan buahan padat.
  8. Kemudian sedia untuk dihidang.

SELAMAT MENCUBA.

SHARE BERSAMA RAKAN ANDA.