Puding Cendol Idaman



Bahan bahan yang digunakan


  • 20 gm agar agar
  • 1 cawan gula
  • 3 gelas air
  • 1 cawan susu cair
  • 2 cawan cendol
  • 1 cawan gula merah


Cara cara penyediaan


  1. Masakkan agar agar dan air hingga mendidih.
  2. Masukkan gula dan biarkan terus mendidih. 
  3. Bahagi adunan kepada 3 bahagian
  4. 1/3 bahagian dipanaskan dan masukkan gula merah. Kacau dan tapis. 
  5. Sendukkan ke dalam acuan dan biarkan ia keras sedikit.
  6. 2/3 bahagian dipanaskan dan masukkan susu cair dan cendul. Kacau rata.
  7. Tuangkan adunan di atas gula merah tadi.
  8. Sejukkan dan sedia untuk dihidang.


SELAMAT MENCUBA

SHARE BERSAMA RAKAN ANDA.