Kek Kukus Coklat Cheese

Bahan yang diperlukan

Bahan untuk kek coklat
  
  • 1 cawan gula halus
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan air panas
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1/2 cawan minyak jagung
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Sedikit garam
  • 1 cawan tepung gandum *
  • 3 sudu besar serbuk koko *
  • 1/2 sudu kecil baking powder *
  • 1 sudu teh soda bikarbonat *
(Satukan dan ayak kesemua bahan bertanda *)


Bahan untuk lapisan cheese
  • 250 gm cream cheese
  • 60 gm gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar air

Cara penyediaan 

1. Alaskan loyang dengan kertas minyak dan griskan sedikit mentega. Panaskan pengukus. 
2. Adunan kek coklat :  Satukan telur dengan gula dan pukul sehingga kembang. Tuangkan sedikit esen vanila dan garam. Masukkan susu cair, minyak jagung dan air panas ke dalam adunan. Putar rata dan sebati. Masukkan bahan yang diayak sedikit demi sedikit. Putar sehingga sebati. Bahagikan kepada 2 bahagian sama banyak. Ketepikan.
3. Adunan cheese Satukan cream cheese dan gula. Putar hingga sebati dan licin. Masukkan telur, teruskan putar hingga kembang, kemudian masukkan tepung dan air. Putar sehingga semua sebati.

Cara melapis


  1. Tuang satu bahagian adunan kek coklat ke dalam loyang. Ratakan dan tutup dengan aluminium foil. Kukus selama 20 minit dan gunakan api sederhana.
  2. Tuang pula adunan cream cheese tadi dan kukus 20 minit lagi.
  3. Lapisan terakhir, tuangkan baki adunan kek coklat, ratakan dan kukus selama 40 minit atau hingga masak.

Setelah masak, sejukkan kek dan sedia untuk dihidang.

SELAMAT MENCUBA.

SHARE BERSAMA RAKAN ANDA.