Strawberry Cheese Cupcake




Bahan bahan 


  • 500gm krim keju
  • 3 biji telur
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1 cawan susu full cream
  • Esen vanila
  • Buah strawberi segar
  • Buah lemon segar
  • Topping strawberi

Cara penyediaan


  1. Pukul krim keju dan gula kastor sehingga gebu dan kembang
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji
  3. Tuangkan susu full cream dan gaul sehingga sebati
  4. Masukkan sedikit esen vanilla
  5. Sendukkan adunan ke dalam bekas cupcake
  6. Bakar menggunakan teknik double boiler selama 30 minit pada suhu 150 C.
  7. Setelah siap dibakar, tambahkan topping strawberi and hiaskan dengan strawberi dan lemon segar di atas kek tadi.
  8. Sedia untuk dinikmati.
Cadangan : boleh hancurkan biskut tiger dan gaul dengan butter untuk jadikan sebagai base cake.

SELAMAT MENCUBA