Caramel Macchiato Ice Cream



Bahan bahan yang diperlukan

Caramel sauce


  • 1/2 cawan gula perang
  • 85 gm butter
  • 85 ml susu cair
  • 1 sudu besar air
  • 1/2 sudu kecil esen vanila
  • 1/8 sudu kecil garam

Bahan bahan ais krim


  • 2 1/4 cawan whipping cream
  • 1/4 cawan susu pekat manis
  • 1/4 cawan susu segar
  • 1 sudu besar serbuk kopi instant 
  • 1 sudu besar air panas
  • 5 keping  biskut digestive atau oreo (dihancurkan)
  • 1/2 cawan roasted badam (dihiris)

Cara membuat caramel sauce


  1. Satukan butter, gula perang dan air ke dalam periuk.
  2. Didihkan selama 5 minit dan padamkan api.
  3. Masukkan susu cair perlahan lahan, garam dan esen vanila.
  4. Kacau hingga rata dan sebati. Ketepikan.

Cara penyediaan ais krim


  1. Masukkan serbuk kopi, air panas dan susu pekat manis dan gaul rata. Biarkan seketika.
  2. Putar whipping cream dan susu segar hingga pekat.
  3. Pecahkan adunan kepada 2 bahagian. 1 bahagian - digaul dengan bancuhan kopi tadi. 1 bahagian - digaul dengan caramel sauce.
  4. Masukkan setengah adunan ais krim tadi ke dalam bekas di selang seli antara 2 bahagian.
  5. Taburkan 1/2 biskut hancur dan badam ke atas ais krim.
  6. Masukkan baki ais krim kopi dan caramel dan taburkan lagi baki biskut dan badam.
  7. Masukkan ke dalam freezer selama 6 jam atau semalaman.

Siap untuk dinikmati.

SELAMAT MENCUBA .