Kek Victoria Sandwich



Bahan yang diperlukan 


  • 200 gm gula kastor
  • 200 gm mentega
  • 200 gm tepung naik sendiri
  • 2 sudu besar susu segar
  • 4 biji telur
  • 1 sudu kecil serbuk penaik

Bahan untuk membuat inti


  • Jem strawberi secukup rasa
  • Krim mentega secukup rasa
Cara penyediaan kek


  1. Satukan mentega dan gula kastor sehingga kembang
  2. Masukkan telur satu per satu ke dalam adunan dan pukul hingga sebati.
  3. Masukkan pula tepung naik sendiri dan serbuk penaik.
  4. Tuang susu segar dan teruskan kacau adunan sehingga sebati.
  5. Bakar kek pada suhu 190 C lebih kurang 25 minit.
  6. Setelah masak, sejukkan dan potong kek kepada 2 bahagian.
  7. Sapukan inti di antara dua bahagian dan hias kek dengan strawberi dan gula icing.
Cadangan , boleh juga letak whipping cream sebagai tambahan.


SELAMAT MENCUBA