Puding Pelangi



Bahan Bahan


  • 25 gm agar agar tali
  • 250 gm gula pasir
  • 300 ml santan
  • 2 liter air
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu teh pewarna (warna pelangi)


Cara penyediaan


  1. Satukan agar agar tali , air dan gula pasir ke dalam periuk dan didihkan.
  2. Masukkan tepung jagung dan santan.
  3. Kacau sehingga rata
  4. Bahagikan adunan tadi kepada 7 bahagian.
  5. Masukkan 1 pewarna setiap 1 bahagian - warna berlainan.
  6. Masukkan adunan biru ke dalam acuan dan bekukan separuh.
  7. Setelah itu, masukkan adunan warna lain, ulangi langkah yang sama.
  8. Bekukan di dalam peti sejuk.

Hidangan sejuk dan sedia dinikmati bersama.