Kek Coklat Lava Aiskrim



Bahan bahan yang diperlukan

Bahan A  
  • 120g planta
  • 100g coklat masakan
Caranya 
  1. Masukkan planta dan coklat masakan ke dalam bekas A.
  2. Cairkan atas api menggunakan teknik double boil.
  3. Gaul sehingga sebati.
  4. Padam api dan biarkan sehingga sejuk suhu bilik.


Bahan B
  • 4 biji telur
  • 150g gula kastor
  • 1 sd kecil esen vanila
  • 60 g tepung gandum
  • 3 sd besar serbuk koko
Cara penyediaan


  1. Masukkan telur dan gula kastor ke dalam bekas B.
  2. Gaul rata menggunakan mesin pemutar.
  3. Masukkan esen vanila.
  4. Pukul sehingga gebu dan kembang.
  5. Ayakkan tepung gandum dan serbuk koko ke dalam bekas adunan B.
  6. Gaul sehingga sebati.
  7. Panaskan ketuhar pada suhu 200C.
  8. Masukkan adunan bahan A yang telah disejukkan tadi ke dalam bekas adunan B.
  9. Gaul rata dan sendukkan adunan ke dalam acuan atau cawan kertas 3/4 penuh.
  10. Bakar pada suhu 200C selama 4 hingga 8 minit (untuk pastikan lava di dalam kek)
  11. Siap 
Cadangan : lebih sedap dinikmati bersama 1 scoop ais krim vanila di atas kek

 SEDIA UNTUK DIJAMU