Kek Cawan Pelangi



Bahan kek


  • 280 gm tepung penaik
  • 280 gm mentega
  • 5 biji telur 
  • 260 gm gula kastor
  • 50 ml susu sejat
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Sedikit pewarna - 7 warna pelangi


Cara penyediaan


  1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang dan gebu
  2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam mangkuk adunan
  3. Teruskan pukul sambil masukkan telur satu per satu biji.
  4. Masukkan susu dan esen vanila. Pukul sehingga rata.
  5. Bahagikan adunan kepada 7 bahagian sama rata dan warnakan 7 warna.
  6. Tuangkan sedikit demi sedikit adunan setiap warna ke dalam acuan.
  7. Bakar pada suhu  180C selama 20 minit.
  8. Hiaskan cupcake ikut kreativiti masing2.


Bahan untuk krim kek


  • 300 gm Krimwell
  • 150 gm Gula icing


Caranya


  1. Pukul krimwell sehingga kembang.
  2. Masukkan gula icing (ayak 2 kali) ke dalam krimwell tadi.
  3. Masukkan pewarna (jika mahu) dan sendukkan krim ke dalam piping bag
  4. Deko di atas kek yang telah siap dibakar tadi .


Siap!

SELAMAT MENCUBA