Kek Gula Hangus Mudah



Bahan bahannya ialah


  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air panas
  • 2 sudu besar mentega
  • 4 biji telur
  • 2 sudu teh sodium bikarbonat
  • 1 sudu teh esen vanila


Cara penyediaanya


  1. Masukkan gula ke dalam kuali tanpa minyak dan goreng dengan api sederhana.
  2. Apabila gula mula mencair, masukkan air panas dan mentega sehingga cair dan ketepikan.
  3. Ambil satu lagi bekas, pukul telur satu demi satu sehingga kembang.
  4. Masukkan susu pekat ke dalam adunan telur dan teruskan pukul.
  5. Ayak tepung gandum dan sodium bikarbonat ke dalam adunan.
  6. Masukkan pula esen vanila, pukul sehingga rata dan sebati.
  7. Setelah itu, masukkan gula hangus yang telah kita masak pada awal tadi. Gaul hingga rata dan sebati.
  8. Tuang adunan ke dalam loyang, perapkan adunan lebih kurang 3-4 jam untuk mendapatkan sarang yang cantik.
  9. Bakar pada suhu 160 C ( guna api bawah) selama 1 jam,15 minit terakhir guna api atas bawah ATAU kukus selama 1 jam.

SELAMAT MENCUBA.