Agar Santan Pandan Istimewa



Bahan yang di perlukan

  • 10 gm serbuk agar agar
  • 1 biji telur
  • 1 cawan gula
  • 3 cawan air
  • 1 cawan air daun pandan
  • 1 1/4 cawan santan
  • Pewarna hijau
  • Perasa pandan
  • Secubit garam 

Cara memasak


  1. Masakkan air dan serbuk agar agar sehingga larut.
  2. Setelah mendidih, masukkan gula.  
  3. Putarkan santan bersama telur.
  4. Masukkan adunan santan dan telur serta kesemua bahan bahan lain ke dalam periuk.
  5. Kacau adunan atas api sederhana hingga menggelegak. 
  6. Apabila menggelegak, biarkan seketika selama 1 -2 minit [PENTING] untuk pastikan agar agar menjadi 2 lapisan
  7. Tutup api dan tuangkan ke dalam loyang yang telah dibasahkan dengan air.
  8. Sejukkan di dalam peti sejuk.


SIAP UNTUK DIMAKAN.