Spagheti Carbonara Berkrim



Bahan yang digunakan
:

1 tin prego pasta carbonara mushroom
1 kotak susu full cream
Bawang merah (dipotong dadu) - ikut citarasa
Bawang putih (dipotong dadu) - ikut citarasa
Sedikit lada hitam
Minyak zaitun
Sedikit garam
Dading, sosej, sotong, udang - ikut citarasa
1 paket spaghetti

Cara memasak :

Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih sehingga wangi.
Masukkan daging , kacau sehingga hancur
Tuangkan prego pasta sauce carbonara mushroom dan sedikit lada hitam.
Apabila dah naik bau, masukkan susu full cream dan kacau rata.
Masukkan bahan perencah (sotong, sosej, udang) ikut selera masing-masing.
Sementara tunggu sos carbonara, panaskan air dan letak sedikit garam dan minyak zaitun.
Rendam spaghetti sehingga masak.
Tuang sos carbonara di atas spaghetti yang telah dituskan.

Siap!

SELAMAT MENJAMU SELERA.