Cream Puff Strawberry



Bahan yang digunakan :

200 gm tepung gandum
100 gm mentega
5 biji telur
3 sudu kecil gula halus
250 ml air
Garam - secukup rasa

Cara caranya :

1. Masak air dengan mentega sehingga mendidih. Biarkan selama 1 minit.
2. Masukkan tepung gandum dalam air panas, kacau rata sehingga menjadi doh.
3. Tutup api dan biarkan adunan menjadi suam.
4. Kacau adunan dengan mesin pemutar sehingga gebu dan pecahkan telur sebiji demi sebiji.
5. Masukkan adunan ke dalam piping bag dan nozzle.
6. Paipkan di atas dulang pembakar ikut saiz yang dikehendaki.
7. Bakar dengan suhu 180 darjah Celcius selama 20-30 minit
8. Setelah siap dibakar, potong bahagian tengah cream puff untuk diletakkan inti krim strawberi.

Bahan untuk krim strawberi :

500 gm strawberi -dilecek
375 gm whipped cream
40 gm Gula kastor
1 sudu kecil perisa strawberi (syrup hersheys strawberry)

Caranya :

1. Putar whipped cream dan gula sehingga gebu.
2. Masukkan strawberi dan perisa strawberi.
3. Gaul sehingga rata dan sebati.
4. Siap!

SELAMAT MENCUBA.