Mix Fresh Fruit Garden Cake


Bahan-bahannya:

Bahan A (kek span)

250 gm tepung sponge mix
50 ml air
1 camca kecil ovalette
50 ml minyak / butter -  cairkan
1 camca kecil esen vanilla

Bahan B 

300 ml whipping cream  - pukul hingga kental
1 tin buahan koktel -asingkan buah dan air koktel
Buah-buahan segar - strawberi, anggur, epal
Coklat putih -diparut

Cara memasak :


  1. Campurkan semua bahan A kecuali minyak/butter.
  2. Pukul sehingga putih dan gebu.
  3. Kaup balik adunan sambil masukkan minyak/butter sedikit demi sedikit.
  4. Masukkan ke dalam loyang yang telah digris dan dilapik kertas.
  5. Bakar selama 30 minit dengan suhu 170 darjah Celcius. 
  6. Potong kek kepada 2 bahagian selepas disejukkan daripada oven.
  7. Ambil sekeping kek dan sapukan dengan air koktel (untuk lembapkan kek)
  8. Letak krim putar dan ratakan.
  9. Ulangi untuk kepingan kedua 
  10. Susun buah-buahan koktel dan buah-buahan segar serta taburkan coklat putih yang diparut.
SELAMAT MENCUBA.