2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 cawan susu cair/ santan
1 sudu teh yis
1/2 sudu teh garam
4 sudu besar gula
1 sudu teh eno
Bahan-bahan untuk inti:
1 cawan tepung kastard
4 cawan susu cair/ santan
3 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
Cara memasak :
1. Satukan air, tepung, santan, gula dan sedikit garam untuk membuat kulit apam.
2. Kacau rata hingga larut semuanya.
3. Letakkan yis ke dalam adunan dan teruskan kacau sehingga larut sepenuhnya.
4. Biarkan adunan selama 1 jam sehingga adunan naik.
5. Setelah adunan naik, titiskan beberapa titik pewarna ikut citarasa sendiri.
6. Tuang eno ke dalam adunan dan kacau sehingga buih adunan mengecil.
7. Panaskan non-stick pan dengan sedikit majerin. Tuangkan 1 senduk kecil adunan ke dalam pan dan masak selama 2-3 minit.
8. Setelah masak, letakkan inti di atas kulit apam tadi dan lipat.
SELAMAT MENCUBA.