Kek Carrot Walnut


Bahan yang digunakan :

Bahan A

100 gm gula kastor
200 gm putih telur

Bahan B

300 gm lobak merah - diparut
300 gm mentega
300 gm gula kastor
350 gm tepung gandum
200 gm kuning telur
200 gm walnut - dikisar/ tumbuk
100 ml susu segar
25 gm serbuk penaik

Cara memasak :

Bahan A 

Satukan putih telur dan gula kastor.
Pukul dengan putaran laju lebih kurang 3 minit sehingga menjadi meringue.

Bahan B

Pukul gula kastor dan mentega hingga pekat
Masukkan telur kuning satu demi satu.
Masukkan lobak merah yang diparut, susu segar dan kacang walnut.
Ayak tepung gandum bersama tepung penaik, satukan dengan adunan tadi dan gaul rata.
Masukkan bahan A ke dalam adunan perlahan
Tuangka adunan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 180C selama 45 minit.

Bahan Hiasan Kek

125 gm krim keju
30 gm gula kastor
1 biji telur

Pukul ke semua bahan sehingga berkrim.
Sapukan adunan ke atas kek yang telah di masak.
Hias ikut kreativiti.
Taburkan walnut di sekeliling kek.

JOM CUBA!