Roti Tortilla Daging



Bahan bahan yang diperlukan :

1 paket roti tortilla
1 biji bawang merah - potong dadu
2 ulas bawang putih - cicang halus
1 biji lobak merah - hiris halus
Daging cincang
Sosej - potong dadu
Keju parmesan
2 sudu besar serbuk cilli
1 sudu kecil serbuk jintan halus
Lada hitam - ikut citarasa
Mayonis, thoudand island
Daun salad
Sedikit garam
Sedikit minyak masak

Cara memasak : 

1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang merah hingga kekuningan.
2. Masukkan daging cicang.
3. Masukkan bawang putih hingga naik bau.
4. Masukkan serbuk cili, jintan halus, hirisan lobak merah dan sosej.
5. Taburkan sedikit garam, lada hitam dan sedikit cili sos.
6. Panaskan roti tortilla lebih kurang 2 minit.
7. Letak salad, mayonis, sos dan thousand island di atas tortilla.
8. Taburkan keju dan gulung tortilla.

SELAMAT MENCUBA.