Biskut Red Velvet Chocolate Chip



Bahan bahan 


  • 120 gm planta
  • 10 gm minyak sapi
  • 100 gm gula kastor
  • 120 gm tepung gandum
  • 50 gm tepung beras
  • 50 gm badam
  • 7 gm serbuk koko
  • 60 gm coklat cip 
  • Sedikit esen vanila
  • Sedikit pewarna merah


Cara membuat


  1. Pukul planta, gula kastor dan minyak sapi sehingga kembang.
  2. Masukkan esen vanila dan pewarna merah ke dalam adunan. Teruskan pukul.
  3. Masukkan tepung, badam dan coklat cip. Gaul sehingga rata dan sebati.
  4. Bentukkan adunan leper di atas dulang pembakar.
  5. Hiaskan dengan coklat cip putih.
  6. Bakar dengan suhu sederhana 150 C selama 20 minit atau sehingga masak.
SELAMAT MENCUBA.