Biskut Coklat Meringue



Bahan yang digunakan

Bahan A

  • 180 gm gula
  • 2 biji putih telur
  • 1/4 sudu cream of tartar

Bahan B

  • 1/2 sudu tepung jagung
  • 150 gm coklat masakan - cairkan

Cara memasak


  1. Masukkan putih telur dan cream of tartar ke dalam mangkuk adunan dan pukul hingga kembang.
  2. Masukkan gula sedikit demi sedikit sehingga pekat.
  3. Kaup balik bahan B hingga rata dan sebati.
  4. Sendukkan adunan ke dalam piping bag. Pipekan di atas dulang pembakar.
  5. Bakar selama 1 jam atau hingga rangup pada suhu 130 C.
  6. Setelah sejuk, hiaskan meringue dengan coklat masakan cair.

SELAMAT MENCUBA.

SHARE BERSAMA RAKAN ANDA.