Puyuh Masak Pedas

Bahan-bahan :

  • 4 ekor burung puyuh
  • 2 sudu serbuk kunyit
  • 3 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 3 biji cili api
  • 1 tangkai cili merah
  • 1 sudu sos tomato
  • 1 sudu sos cili
  • 1 sudu kicap manis
  • 1 cawan air tapis
  • Garam, ajinomoto dan gula (cukup rasa)

Cara memasak :

  1. Peram burung puyuh dengan serbuk kunyit dan 1 sudu besar garam. Kemudian goreng dengan mengunakan teknik deep fry.
  2. Di periuk berasingan, tumis cili merah, cili padi, halia, bawang putih dan bawang merah yang telah ditumbuk lumat.
  3. Kemudian masukan sos cili dan sos tomato.
  4. Tambahkan 1 cawan air dan tunggu sehingga mendidih.
  5. Akhir sekali, masukkan 1 sudu kicap manis ke dalam masakan. Kacau dan tutup api.
  6. Tuangkan sos yang dimasak tadi ke burung puyuh yang telah siap digoreng. 

Selamat Mencuba