Kuih Sagu Merah



Bahan bahan 


  • 1 cawan sagu
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 3 cawan air
  • Sirap pekat (pati sirap)
  • Daun pandan - disimpul
  • 1/2 biji kelapa parut
  • Sedikit garam


Cara penyediaan


  1. Gaulkan kelapa parut dengan garam dan ketepikan.
  2. Masak air, daun pandan dan titiskan beberapa titik pati sirap hingga mendidih.
  3. Setelah itu, masukkan sagu ke dalam periuk. Kacau selama 10 minit.
  4. Apabila agak pekat, masukkan gula pasir.
  5. Kacau sehingga sebati. Tutup api.
  6. Setelah siap, tuangkan ke dalam acuan.
  7. Kukus selama 10 hingga 20 minit.
  8. Golekkan bersama kelapa parut apabila sagu tadi sudah sejuk.
SELAMAT MENCUBA

SHARE RESEPI BERSAMA RAKAN ANDA.