Cheesekut Lazat




Bahan yang diperlukan


  • 250 gm cream cheese
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • 1 paket biskut keping atau tiramisu
  • Sedikit nestum / oat

Cara penyediaannya


  1. Satukan cream cheese dengan susu pekat manis dan kacau sehingga rata dan sebati.
  2. Alaskan bekas acuan dengan aluminium foil.
  3. Susunkan kepingan biskut di lapisan bawah.
  4. Lapiskan dengan adunan cream cheese dan susu pekat manis tadi.
  5. Tabur rata nestum atau oat.
  6. Ulang langkah yang sama untuk melapis.
  7. Simpan di dalam peti ais semalaman.
  8. Siap untuk dimakan.

Tips: jangan ketuk bekas sehinga terlalu padat.

MUDAH KAN? 
SELAMAT MENCUBA.

SHARE RESEPI BERSAMA RAKAN ANDA.