Bahan sos karamel
- 90 gm gula
- 5 sudu besar air
Bahan puding
- 5 biji telur
- 500 ml susu segar
- 80 gm gula
- 1 sudu kecil esen vanila
- Mentega
Cara membuat Sos Karamel
- Masakkan gula di dalam periuk hingga kekuningan. Guna api perlahan.
- Masukkan air dan biarkan mendidih.
- Kacau rata dan tutup api.
- Sapukan mentega di dalam loyang. Tuangkan sos karamel ke dalam loyang. Ketepikan.
Cara penyediaan
- Panaskan susu segar dan gula di dalam periuk guna api kecil. Kacau sentiasa.
- Kemudian, masukkan telur dan esen vanila ke dalam mangkuk adunan dan pukul 10 saat sahaja.
- Campurkan adunan susu panas tadi di dalam mangkuk telur dan esen vanila.
- Kacau rata hingga sebati
- Tuangkan ke dalam loyang dan kukus 40 minit.
- Sejukkan dan sedia untuk dinikmati.
SELAMAT MENCUBA.