Pajeri Terung



Bahan yang digunakan

  • 3 biji terung panjang
  • 1 setengah cawan santan
  • 3 sudu besar rempah kari daging - bancuh dahulu dengan air
  • 1 sudu besar kerisik
  • 3 sudu minyak masak
  • Rempah tumis (kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga)
  • Gula dan garam secukup rasa.

Bahan untuk dikisar halus

  • 2 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • 1 sudu besar udang kering
Caranya

  1. Potong terung memanjang. 
  2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar bersama rempah tumis sehingga naik wangi.
  3. Kemudian masukkan pes kari. Masak sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan terung, santan dan kerisik.
  5. Masak sehingga kuah menjadi pekat.
  6. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
  7. Siap untuk dihidang.