Kuih Bakar Pandan


Bahan bahan :


1 cawan gula 
2 cawan tepung gandum
1 cawan jus pandan
450 ml santan
3 biji telur
2 sudu besar butter
1/2 sudu kecil garam
Sedikit Esen pandan 
Bijan - secukup rasa


Cara memasak :


1. Panaskan oven 180 darjah Celcius
2. Kisar semua bahan ke dalam pengisar sehingga adunan sebati
3. Sapukan butter/minyak ke dalam loyang pembakar dan masukkan sebentar dalam oven
4. Keluarkan loyang tadi daripada oven dan tuangkan adunan kuih ke dalam loyang.
5. Taburkan bijan atas adunan tersebut.
6. Bakar lebih kurang 45 minit dan uji dengan lidi untuk pastikan kek sudah masak.
7. Sejukkan dahulu dan hidangkan.


SELAMAT MENCUBA!