Apam Susu Bercorak



Bahan bahan

  • 4 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 4 sudu besar susu pekat
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula halus
  • 1 sudu besar ovalette
  • Pewarna (ikut kreativiti)

Caranya

  1. Satukan dan pukul telur, esen, ovalette dan gula halus hingga kembang , gebu dan putih.
  2. Tuang susu pekat ke dalam adunan. Pukul sehingga sebati.
  3. Masukkan pula tepung gandum. Teruskan pukul hingga sebati.
  4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warna ikut kreativiti.
  5. Masuk ke dalam loyang dan kukus 45 minit.
  6. Siap.
Kongsi bersama rakan rakan.
SELAMAT MENCUBA!