Puding Jagung Kastard



Bahan bahannya ialah 


  • 1 cawan tepung kastard
  • 3/4 cawan gula
  • 1 tin jagung krimer (blend 1/2 tin dengan 200 ml santan , 3 cawan air)
  • 1 sudu besar perisa minuman jagung
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Garam secukup rasa


Cara memasak


  1. Masukkan ke semua bahan ke dalam periuk dengan api sederhana.
  2. Kacau rata sehingga sebati
  3. Masak sehingga pekat dan likat.
  4. Setelah itu, tuangkan adunan ke dalam acuan.
  5. Kemudian sejukkan di dalam peti ais selama 1 jam.
  6. Sedia untuk dinikmati.

SELAMAT MENCUBA !