Kuih Melaka


Bahan bahan


  • 300 gm tepung beras
  • 125 ml air perahan daun pandan -dititiskan dengan sedikit pewarna hijau
  • Gula melaka - dipotong kecil
  • Kelapa parut -digaul sedikit dengan garam
  • Garam secukup rasa


Cara memasak


  1. Satukan air perahan daun pandan ke dalam tepung beras. Gaul sehingga menjadi doh.
  2. Bulatkan doh dan leperkan. Masukkan potong kecil gula melaka
  3. Kemaskan doh menajdi bebola kecil
  4. Didihkan air dalam periuk. Masukkan bebola doh
  5. Masak sehingga bebola doh terapung dan sedia untuk diangkat.
  6. Salutkan dengan kelapa parut.


SELAMAT MENCUBA