Kentang Cheese





Bahan bahannya


  • Isi ayam - dicincang
  • 8 biji kentang -dikupas
  • Keju parut
  • Sos lada hitam
  • Mayonis
  • 2 tomato -dihiris


Cara memasak


  1. Kelar kentang yang telah dikupas.
  2. Gaulkan isi ayam dengan garam dan sos lada hitam
  3. Rebus ayam sehingga empuk dan kacau bersama tomato
  4. Masukkan isi ayam ke dalam kentang yang telah dikelar.
  5. Taburkan keju dan mayonis di atas ayam tadi
  6. Bakar dalam ketuhar sehingga masak